PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan bekerjasama dengan Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menyaring jumlah pelajar cemerlang 10A yang telah membuat permohonan ke program matrikulasi KPM atau program melalui UPUOnline.
KPM dalam kenyataan memaklumkan hal itu bagi membolehkan
mereka yang tidak ditawarkan tempat dapat diselaras semula tawaran berdasarkan kepada
pilihan program pelajar.
“Tawaran tempat dan jurusan adalah bergantung kepada
kelayakan calon dan kekosongan Program Matrikulasi KPM manakala KPT akan fokus
kepada kemasukan program-program asasi dan diploma di universiti awam,” menurut
kenyataan itu.
KPM memaklumkan ketetapan itu dibuat bagi memastikan pelajar
cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan daripada keluarga B40 mendapat
peluang untuk melanjutkan pengajian.
Pada masa yang sama sistem kuota bumiputera sedia ada bagi
Program Matrikulasi KPM kekal dan tidak terjejas.
“KPM menyahut saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar
Ibrahim untuk memberi tempat kepada pelajar cemerlang yang mendapat keputusan
10A dan ke atas dalam SPM dan memohon untuk melanjutkan pengajian akan mendapat
tempat tanpa mengira kaum atau latar belakang.
“Kerajaan MADANI komited memastikan akses pendidikan dapat
dipertingkatkan demi manfaat semua pelajar yang merupakan aset masa hadapan
negara,” menurut KPM.
BERNAMA NEWS ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan