PROGRAM “JOM BACA BERSAMA 10 MINIT”


 


Program “Jom Baca Bersama 10 Minit” merupakan Program Galakan Membaca yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut pada 23 April setiap tahun untuk menggalakkan pembacaan, penerbitan dan perlindungan harta intelek hak cipta. Program ini juga merupakan simbolik kepada amalan membaca yang dicetuskan menerusi pembacaan serentak selama 10 minit di seluruh negara.

Perpustakaan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia turut  menjayakan Program “Jom Baca Bersama 10 Minit 2024” yang diadakan serentak di seluruh negara pada ketetapan berikut:

Tarikh 23 April 2024 (Selasa)

Masa: 11.00 – 11.10 Pagi

Tema: “BACA DAN BAHAGIA” dan “PEMBACAAN MELESTARIKAN PERPADUAN”

Tempat: Ruang bacaan Perpustakaan/ Unit Jabatan masing-masing 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan