![]() |
Semua 80 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang SPM di kawasan Bagan, Pulau Pinang kini sudah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi. - Foto X Guan Eng |
KUALA
LUMPUR: Semua 80 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) di kawasan Bagan, Pulau Pinang kini sudah menerima
tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi.
Ahli
Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, berkata semua pelajar berkenaan sebelum ini
mendapat 10A dalam SPM namun tidak menerima tawaran melanjutkan pelajaran.
"Semua
80 pelajar yang mendapat 10A di kawasan Parlimen Bagan mendapat tawaran ke
matrikulasi, jumlah itu termasuk tujuh pelajar yang sebelum ini tidak menerima
tawaran berkenaan.
"Kini
saya sedang berusaha untuk mendapatkan baki pelajar yang masih belum mendapat
tawaran ke matrikulasi. Tahniah kepada PMX dan Timbalan Menteri Pendidikan,
Wong Kah Woh," katanya menerusi ciapan di X, hari ini.
Sebelum
ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan semua calon SPM
yang memperoleh keputusan cemerlang 10A dan ke atas serta memohon melanjutkan
pengajian ke matrikulasi, akan mendapat tempat tanpa mengira kaum atau latar
belakang.
Bagaimanapun,
Anwar menjelaskan, kuota sedia ada bagi pelajar Bumiputera dalam Program
Matrikulasi bawah Kementerian Pendidikan (KPM), tidak terjejas dan kekal
sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Dalam
pada itu, Guan Eng berkata di Pulau Pinang, seramai 22 pelajar dari Sekolah
Menengah Chung Ling mendapat 10A serta 21 lagi dari Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Perempuan China Pulau Pinang turut menerima tawaran yang sama.
BERITA HARIAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan