KUALA
LUMPUR- Transformasi sistem pendidikan perlu bermula dengan
mengintegrasikan nilai-nilai kenegaraan dalam kurikulum di semua peringkat
pendidikan dalam usaha untuk membentuk generasi pemimpin masa depan yang
berwibawa dan beretika, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi.
Beliau berkata
nilai-nilai seperti integriti, kesaksamaan dan tanggungjawab sosial perlu
diajar bukan sahaja sebagai subjek moral tetapi juga sebagai asas dalam semua
bidang pengajian.
“Ini dapat dicapai
melalui pendekatan pembelajaran yang holistik serta penekanan terhadap
metodologi penyampaian dalam sistem pendidikan negara,” katanya dalam catatan
di Facebook hari ini.
Ahmad Zahid yang juga
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata beliau telah menghadiri dan
merasmikan Program Karisma Pemikir MADANI Kepimpinan Tertinggi Pentadbiran
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam.
Beliau berkata program
itu jelas mencerminkan komitmen dan kesungguhan kerajaan serta institusi
pendidikan, khususnya UKM dalam memacu pembangunan negara dan memperkasakan
barisan pemimpin akademik serta pentadbiran masa hadapan.
“Saya yakin dengan usaha
berterusan dan kerjasama erat antara pengurusan, tenaga pengajar serta seluruh
warga universiti ini, UKM akan terus unggul sebagai pusat kecemerlangan dan
sumber inspirasi kepada generasi akan datang, Insya-Allah,” katanya.
BERNAMA NEWS ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan