KUALA
LUMPUR- Permohonan fasa satu untuk mengikuti pengajian Program Matrikulasi sesi
2025/2026 kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) 2024, dibuka bermula 1 Dis ini hingga 28 Feb 2025.
Kementerian
Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan fasa dua dan
proses pengemaskinian maklumat pelajar akan dibuka selama lima hari selepas
keputusan SPM diumumkan.
Menurut
kenyataan itu, permohonan ke Program Matrikulasi KPM adalah percuma dan pelajar
boleh memohon melalui laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my . Keputusan
permohonan akan dikeluarkan Bahagian Matrikulasi KPM menerusi laman sesawang
dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan SPM 2024 diumumkan.
"Pelajar
yang berjaya mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM perlu memuat turun dan
mencetak sendiri surat tawaran dan dokumen pendaftaran melalui laman sesawang
semakan keputusan tawaran Program Matrikulasi KPM," menurut kenyataan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan