KUALA LUMPUR: Rata-rata netizen berpendapat
bahawa subsidi pendidikan itu layak diberikan kepada setiap pelajar kerana
mereka juga mempunyai hak sebagai seorang rakyat negara ini.
Berdasarkan
lebih daripada 3,000 komen diperoleh di laman sosial Facebook Berita Harian
Online, kebanyakan mereka berpendapat pendidikan itu perlu diberikan secara
sama rata, tidak kira kaya atau miskin.
Seorang
yang rajin, wajar untuk mendapat pendidikan yang selayaknya kerana rata-rata
netizen berpendapat institusi pendidikan awam di negara ini terbaik kerana
lengkap dengan pelbagai fasiliti dan tenaga pengajar berpengalaman.
Bagi
netizen, Syafiq Azman, berkata kerajaan perlu sedar golongan yang banyak
menyumbang kepada pendapatan negara dengan membayar cukai dan zakat adalah
golongan T20 dan M40.
"Justeru
pendidikan dan kesihatan wajar diteruskan subsidi tidak kira kepada semua yang
berhak menerimanya,"katanya.
Sementara
itu, Hus Hussain berkata, sekiranya pelajar itu cemerlang, tidak kisah sama ada
kaya atau miskin, dia sememangnya layak untuk mendapat subsidi berkenaan.
"Hasil
cukai sepatutnya untuk semua rakyat dan yang bayar cukai pun patut nikmati
subsidi pendidikan,"katanya.
Bagi
Ahmad Faizal Abdullah, beliau berpendapat tidak wajar menindas hak pelajar yang
layak belajar di universiti awam atas kapasiti mereka rajin belajar.
"Jangan
nak salahkan ibu bapa mereka atas faktor kewangan, maka dinafikan bantuan
kerajaan atas kecemerlangan anak-anak mereka. Salah satu kezaliman dan
penindasan tak adil yang nyata, anak-anak tidak bersalah,"katanya.
Perkara
sama turut dilontarkan oleh Ct Ayza, dengan menyatakan pandangan adakah wajar
ibu bapa bekerja di sektor kerajaan atau profesional dan mengggabungkan gaji
sudah dianggap sebagai T20 dan kaya.
"Mereka
yang tak layak mendapat subsidi sebenarnya ialah menteri, ketua pegawai
eksekutif, pemilik syarikat dan gedung perniagaan," katanya.
Bagi
Go On,tidak kira kaya atau miskin, rakyat juga ada hak untuk mendapat subsidi
kerana membayar cukai.
"Bab
pendidikan, kerajaan kena sama rata dan tidak boleh berkira. Kalau semua nak
sekat, lebih baik pilih kerajaan lain selepas ini," katanya.
Sementara
itu mengulas berita bertajuk 'Anak orang kaya bayar RM7,520 belajar di UA,
kerajaan tanggung kos RM80,623' dalam laman sosial Facebook Berita Harian
Online, sebanyak 3,100 komen diterima, 6 juta memberikan tanda suka dan 447
perkongsian
BERITA HARIAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan